Dilema harta pusaka perlu penyelesaian segera
Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
ARKIB : 24/07/2007 (Berita Harian)
KEKELIRUAN dan kejahilan terhadap fungsi penama dalam kebanyakan urusan harta benda, terutama wang ringgit dan saham-saham yang tersimpan serta dilabur di mana-mana agensi kewangan mahupun syarikat perdagangan kini menimbulkan masalah serius di kalangan Muslim.
Akibatnya, banyak harta benda pemilik yang mati atau harta pusaka tidak sampai dan tidak dapat dituntut atau disalurkan kepada mereka yang berhak.
Sejumlah tidak kurang RM1.8 bilion wang kini terpendam di Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan tidak diselesaikan oleh para pewaris di negara ini.
Kesannya harta-harta berkenaan tidak berkembang dan tidak dapat dibangunkan untuk faedah serta manfaat ahli waris mahupun ummah dan negara.
Tidak kurang pula kes-kes harta pusaka dibolot dan dikuasai oleh penama yang dibuat oleh pemilik semasa hayat, termasuk mereka (penama) yang langsung tidak ada pertalian kekeluargaan dengannya.
Malah, harta pusaka yang ‘tergantung’ juga turut membimbangkan disebabkan sikap pemilik yang menyembunyikan maklumat harta benda semasa hayatnya daripada ahli waris. Sedangkan urusan menghebah dan mewasiatkan segala jenis harta benda dimiliki semasa hayat sangat dituntut oleh Islam.
Ini ditegaskan Allah s.w.t. dalam firman-Nya: Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf [iaitu secara adil dan baik. Wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang akan meninggal itu. Ayat ini dinasakhkan dengan ayat mewaris], (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:180).
Malah hak-hak dan pembahagian pusaka melalui hukum faraid telah dijelaskan Allah s.w.t. melalui firman-Nya: Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (an-Nisa’: 7)
Sebab itu soal amanah, tanggungjawab, telus, ikhlas dan adil adalah perkara pokok yang tidak boleh dipisahkan dalam urusan mengendalikan harta pusaka yang melibatkan penama atau wasi mahupun wasiat.
Ini kerana, fungsi penama yang dikemukakan oleh si mati semasa hayatnya merupakan wasi atau pemegang amanah (wasiat) bagi memudahkan kerja-kerja mengurus serta mentadbirkan semua harta pusaka kepada yang berhak secara adil dan saksama, bukan sebagai pewaris mutlak.
Permasalahan ini diberi perhatian serius para peserta Konvensyen Pewarisan Harta Islam yang julung kali diadakan oleh Amanah Raya Berhad (ARB) baru-baru ini.
Konvensyen tiga hari itu dikendalikan oleh Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (Perwaris). Pada majlis tersebut turut dilancarkan Daftar Wasiat Malaysia.
Ia dihadiri oleh mufti-mufti, wakil-wakil Jabatan dan Majlis Agama Islam negeri-negeri, hakim dan peguam syarie, para pengendali dan pengamal amanah pewarisan dan harta pusaka, agensi kewangan dan takaful serta ahli akademki Islam di seluruh negara.
Lantaran itu Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengingatkan, hutang orang Islam yang telah mati tetap menjadi pusaka, sama ada hutang itu boleh didapatkan kembali atau tidak.
Malah beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah ARB berkata, dalam urusan harta pusaka dan pewarisan, tidak boleh tidak, orang Islam kena kembali kepada al-Quran dan hadis. “Orang Islam kena pelajari dan fahami ilmu faraid atau ilmu pembahagian harta pusaka kerana ia adalah cabang ilmu yang sangat penting dalam Islam,” katanya.
Tegas Harussani, ia bukan sahaja melibatkan urusan ahli waris yang masih hidup serta memanfaatkan harta tetapi soal kehidupan yang berkekalan si mati di akhirat nanti. Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Isu-isu Berbangkit dan Undang-undang Islam Yang Perlu Dipatuhi Di dalam Pengeluaran Sijil Faraid’ pada majlis tersebut.
Kebanyakan peserta konvensyen mahu agar sistem penamaan waris yang diamal dan diguna pakai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji atau badan-badan pengurusan saham amanah, insurans dan takaful untuk orang Islam dimansuhkan.
Sebaliknya, mereka mahu sistem dan hukum faraid diguna sepenuhnya bagi pengurusan kewangan orang Islam oleh semua agensi yang berkaitan.
Fakta:
* Jawatakuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (19 September 2000) memutuskan simpanan KWSP orang Islam yang mati adalah harta pusaka yang wajib diagihkan secara hukum Faraid.
* Penama untuk sesuatu urusan harta (kewangan) adalah pemegang amanah atau wasi terhadap harta benda si mati.
* Penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua ahli waris.
* Pembahagian faraid dalam harta pusaka akan mengurangkan jumlah.
* Wasiat adalah untuk bukan ahli waris sahaja dan jika waris, perlu mendapat persetujuan daripada ahli waris yang lain.
* Sebanyak 40 peratus pendeposit atau penyimpan Tabung Haji belum ada penama.
* Hanya 38 peratus atau 4.3 juta pencarum di KWSP yang telah membuat penama.
* Tiga cadangan pindaan ke atas Akta KWSP 1991 dan Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah KWSP 1991 yang diluluskan oleh Lembaga KWSP (24 Mac 2003) ditolak oleh Jabatan Peguan Negara;
i) Mansuhkan sistem penamaan bagi ahli beragama Islam. ii) Terima pakai sijil faraidh sebagai dokumen yang setaraf dengan surat kuasa mentadbir atau surat probet atau surat perintah pembahagian. iii) Ahli dibenar mewasiatkan tidak lebih 1/3 daripada jumlah simpanannya selaras dengan hukum syarak.
* Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) tidak mengguna sistem penama ke atas simpanan pencarum dan menguna pakai sijil faraid serta sijil Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah bagi urusan pusaka.
* Belum ada ijmak ulama atau fatwa secara rasmi untuk menentukan adakah manfaat takaful atau pampasan insurans termasuk harta pusaka dan harta yang diinsurankan boleh di faraidkan. Akta Takaful 1984 juga tidak menyebut perkara ini.
* Sebanyak RM1.8 bilion wang yang tidak dituntut dari Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut oleh ahli waris.
* Sebanyak RM70 juta harta yang tersimpan di KWSP, Tabung Haji, PNB dan koperasi-koperasi tidak diselesaikan oleh pewaris.

No comments:
Post a Comment