Smart Labur - Your Personal Wealth Advisor
Thursday, March 17, 2011
Challenges Which Are of a Great Concern
Tuesday, February 8, 2011
Be Carefull with Your Picture on Facebook
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
Source:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html
Tuesday, December 28, 2010
Be Smart about "Interest"
Hutang Oh Hutang...
Antara tahun 2002-2005, antara sedar dan tidak sedar masalah kewangan (peribadi) yang dihadapi oleh saya nampak seperti tidak akan surut. Bermula dengan satu kad kredit (saya masih ingat lagi, 'Citibank') kepada satu kad kredit yang lain. Dari satu program ke satu lagi program pemindahan baki kad kredit yang lain. Namun, masalah hutang kad kredit nampaknya seperti tidak akan selesai. Walhal, hutang tetap bertambah, dibantu oleh sikap yang suka berbelanja di tempat-tempat yang saya akui agak mahal terutama sekali oleh seorang yang baru makan gaji dan muda seperti saya pada masa itu. Mungkin seronok disebabkan sudah ada pendapatan sendiri, ataupun tidak mengambil peduli hal-hal berkenaan Pengurusan Kewangan Peribadi kerana tidak ada apa-apa komitmen yang perlu difikirkan. Belum ada isteri, belum ada anak manakala ibu bapa masih bekerja, jadi tidak terfikir untuk menyumbang apa-apa kepada kedua-duanya sebagai tanda syukur dan terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan serta pendidikan yang diberi sejak kecil sehinggalah dewasa.
Kadang-kala apabila difikirkan balik, saya amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurnia serta rahmat dan hidayat daripadaNya, saya diberi peluang ('opportunity') untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (dari Januari 1996 sehingga October 2001), negara yang sentiasa diidam-idamkan oleh saya untuk melanjutkan pelajaran sejak kecil lagi. Tak lain dan tak bukan semangat yang senantiasa dikobar-kobarkan oleh Bapa saya (terngiang-ngiang lagi di kepala saya 'the famous statement' yang selalu disebut oleh Bapa saya, "study hard and no girlfriend ya..."), serta seorang ‘role model’ dalam keluarga saya sendiri iaitu salah seorang saudara lelaki (‘sepupu’) saya yang terlebih dahulu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang perubatan (kedoktoran) pada awal tahun 1990an. Alhamdulillah.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah salah satu peribahasa yang saya rasa amat sesuai digambarkan dalam situasi ini. Sejauh mana saya merantau menuntu ilmu tetapi akhirnya tetap gagal dalam merancang kewangan peribadi. Sedar akan perkara tersebut saya terus bersemangat dan berjihad akan mengubah cara saya menguruskan hal-hal kewangan peribadi. Perlbagai buku dibeli (mungkin tidak sempat membaca kesemuanya kerana sibuk dengan tugas) namun saya berjaya mendapat beberapa nasihat atau ‘tips-tips’ berguna yang dapat membantu saya keluar daripada masalah kewangan yang saya hadapi.
Salah satu buku yang begitu membakar semangat saya untuk terus menuntut ilmu pengurusan kewangan peribadi serta ilmu kewangan Islam (‘Islamic Finance’) adalah tulisan daripada Saudara Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (“Wang, Anda dan Islam” terbitan Truewealth Sdn Bhd). Buku Ustaz Zaharuddin memberi impak yang maksima kepada diri saya untuk mempelajari bagaimana menguruskan kewangan peribadi berdasarkan prinsip-prinsip Shariah (perundangan Islam). Saya akui, diri saya ini amat kerdil jika hendak diukur mengenai ilmu Shariah atau ilmu kewangan Islam. Namun cinta saya terhadap ilmu Pengurusan Kewangan Peribadi (Personal Financial Planning) secara Islam amat membuak-buak. Salah satu bahagian di dalam buku beliau yang amat saya minati adalah dalam isu ‘Riba’ atau dalam Bahasa Inggeris biasa disebut “Interest”. Saya amat terkejut membaca buku Ustaz Zaharuddin apabila mengetahui betapa besarnya dosa terhadap Allah s.w.t. sekiranya terlibat dalam aktiviti yang berlandaskan Riba atau faedah (“interest”), dan mungkin itulah antara jawapan yang saya tercari-cari selama ini. Dari segi ‘spiritual’, agaknya salah satu penyebab utama masalah hutang kad kredit saya (kad kredit konvensional) serta hutang piutang lain mungkin disebabkan dosa-dosa Riba yang secara tidak sedar telah saya terjebak sejak zaman Universiti lagi!
Pelbagai bahan bacaan (buku, tulisan ilmiah, petikan suratkhabar,majalah, internet dan sebagainya) telah saya cari untuk mendalami ilmu berkenaan Riba. Dan Alhamdulillah terlintas di hati saya untuk berjihad secara penulisan kali ini untuk berkongsi masalah-masalah dan isu-isu Riba yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia umumnya, dan orang-orang Islam khasnya. Tulisan ini ditujukan kepada anda semua. Semoga sedikit manfaaat yang diperolehi daripada tulisan ini boleh anda kongsi bersama keluarga, rakan dan sahabat handai hendaknya.
Informasi di bawah, telah dipetik sepenuhnya melalui laman website http://www.learnislamicfinance.com/Free_Notes_Riba_or_Interest.htm
Introduction about Riba
"The dictionary meaning of Riba is increase and the reference in the verse is to every increase against which there is no exchange or consideration".
This includes the increase which is obtained by offering money on credit because repayment of the principal is obtained against the amount originally lent. The increase called "interest" is without any exchange or financial consideration. Kinds of sale, purchase are also included in Riba where any increase is obtained without offering anything in exchange. In the period of ignorance ('Zaman Jahiliah'), the word Riba was used only for the transaction of the first kind. The other kinds however were not considered Riba.
Various forms of Riba were in vogue in Arabia when Prophet Muhammed (SAW) was sent. Most common practice was to lend a specific amount for a specific period and at an agreed rate determined in advance. If the borrower repaid at the agreed time then only the agreed amount of interest was charged. If he was unable to repay at that time, then the amount of interest would be increased. In any case, even before the revelation of Qur'an, the essence of riba was considered to be the gain, made out of loaning of money. This very aspect has been highlighted in the saying of the Prophet (PBUH),
"Every loan which brings a gain is a riba based loan”
lbn-Abbas has defined riba as the offer by the borrower that he will pay an extra sum of money if the lender extends the moratorium for repayment. It is therefore obvious that riba is the compensation or the excess paid for an extension in the tenor of the loan. Riba was common in Arabia and in the early days of Prophet Mohammed (SAW) prophet hood, the situation did not change. Almost 8 years after migration to Madinah, verses in respect of riba were revealed and riba was categorically prohibited. As soon as these verses were revealed, everyone realized that these referred to taking any profit on loans or credit that this was now prohibited, and gave it up.
The Prophet however, in keeping with his position as the last messenger of Allah, elucidated upon these verses. The meaning of riba, as explained by the Prophet (SAW) included a kind of trade which was not hitherto considered riba by the Arabs. The second kind of riba, in the words of the Prophet was,
"Exchange of gold with gold, silver with silver, wheat with wheat, barley with barley, dates with dates and salt with salt should be of equal quantities and spot. Anyone who varies the quantities or allows one side of the exchange to be deferred, indulges in riba for which both buyer and seller are equality responsible. "
This saying is included in all books of Prophet (SAW) sayings, under various headings, with authentic and highly reliable chains of reporting.
Based on this, a new kind of riba was identified which is that in the case of the six commodities mentioned in it, if exchanged against themselves, the quantities should be equal and these should be exchanged simultaneously (Spot) by both parties. Varying the quantity or deferring the exchange (even though the quantity may not be varied) is riba. The well known and commonly accepted meaning of riba, taking profit on loans, was obvious to the companions of the Prophet and was abandoned immediately. But the other kind of riba, mentioned in the saying quoted above was not known until such time that the Prophet elaborated upon it.
“Those who charge riba are in the same position as those controlled by the devil's influence. This is because they claim that riba is the same as commerce. However, God permits commerce, and prohibits riba. Thus, whoever heeds this commandment from his Lord, and refrains from riba, he may keep his past earnings, and his judgment rests with God. As for those who persist in riba, they incur Hell, wherein they abide forever” (Qur'an 2:275)
It is because trade and usury are absolutely different. In trade one earns profit as a result of initiative, enterprise, efficiency and hard work. But the interest is not earned through hard work or any value creating process. It is not the reward of labour but is in fact unearned income. Moreover interest is fixed whereas profit fluctuates. In case of trade there is risk of loss also, but in case of interest the lender gets his fixed amount irrespective of the fact whether the debtor earns any profit or sustains loss. God has forbidden interest but has permitted trade. In current time, this pratice of earning income through interest is prevalent in the conventional credit card industries.
“God condemns riba, and blesses charities. God dislikes every disbeliever, guilty. Lo! those who believe and do good works and establish worship and pay the poor-due, their reward is with their Lord and there shall no fear come upon them neither shall they grieve. O you who believe, you shall observe God and refrain from all kinds of riba, if you are believers. If you do not, then expect a war from God and His messenger. But if you repent, you may keep your capitals, without inflicting injustice, or incurring injustice. If the debtor is unable to pay, wait for a better time. If you give up the loan as a charity, it would be better for you, if you only knew. (Qur'an 2:276-280)
“O you who believe, you shall not take riba, compounded over and over. Observe God, that you may succeed." (Qur'an 3:130)
“And for practicing riba, which was forbidden, and for consuming the people's money illicitly. We have prepared for the disbelievers among them painful retribution.” (Qur'an 4:161)
“The riba that is practiced to increase some people's wealth, does not gain anything at God. But if people give to charity, seeking God's pleasure, these are the ones who receive their reward many fold. (Qur'an 30:39)
“Jabir said that Allah's Messenger (may peace be upon him) cursed the accepter of usury and its payer, and one who records it, and the two witnesses, and he said: They are all equal.” (Ref: Sahih Muslim)
“It is reported on the authority of Abu Huraira that the Messenger of Allah (may peace be upon him) observed: Avoid the seven noxious things. It was said (by the hearers): What are they, Messenger of Allah? He (the Holy Prophet) replied: Associating anything with Allah, magic, killing of one whom God has declared inviolate without a just cause, consuming the property of an orphan, and consuming of usury, turning back when the army advances, and slandering chaste women who are believers, but unwary. (Ref: Sahih Muslim)
Abdullah-bin-Hanjalah reported that the Messenger of Allah said: A Dirham of usury a man devours with knowledge is greater than thirty-six fornications.(Ref:Ahmad, Darqutni)
Tuan-tuan dan Puan-puan, ketahuilah betapa besarnya dosa sekiranya kita terlibat dalam aktiviti Riba atau "Interest". Tidak dinafikan, saya sendiri mengambil masa 3-4 tahun untuk keluar dari belenggu Riba; sebagai contoh menukar akaun bank kepada Islamic savings and current account, menguruskan hutang-hutang kad kredit serta menukar kesemua kad kredit convetional kepada kad kredit yang berlandaskan Syariah (Syariah compliant), serta melabur di dalam unit trust yang juga berlandaskan Syariah dan sebagainya.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya" 2:279
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.....
Wednesday, December 8, 2010
Islamic Investment
The basic principle of investment in Islam is that wealth belongs to God (Allah s.w.t.) and Man is entrusted i.e. given Amanah (trust), to look after it in the best manner possible on the basis of rules and regulation ordained by God. In doing so Man must not put wealth to waste by way of unwise investment decisions. He is expected to invest wealth in the most efficient manner. The Holy Prophet Muhammad s.a.w. once said “Whenever you make anything, pay special attention to its beauty and finesse.” On another occasion, the Prophet s.a.w. said “the best among you is he who when given a task, does it beautifully.”
Islam in a sense does not encourage people to borrow, especially when modern life today places a high value on the materials aspect of life and its wealth seeking-way. Seeking borrowed fund to purchase stocks is not the way one should strive to earn a living in Islam. There are many instances in historical Islam where the act of borrowing and lending for business is not encouraged at all. Muslims should stay away from debts as it brings many problems. Muslim customers should not be encouraged to borrow in order to invest in Islamic shares. Another Golden Rule in Financial Planning is ‘DO NOT BORROW TO INVEST’. Use your own money instead. If you don’t have the money then you are not ready to invest. Learn how to maximize your income potential during your prime age, then think of investing.
References:
- “Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets” by Dr. Saiful Azhar (Dinamas Publishing)
- “Islamic Finance: An Old Skeleton in a Modern Dress” by Dr. Asyraf (ISRA).
Monday, July 19, 2010
Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.
Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.
Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.
Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.
JAWAPAN
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام
Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.
Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.
Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.
2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.
Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.
Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.
3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.
Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.
Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.
KESIMPULAN
Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini.
Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam
Thursday, March 18, 2010
Riba & Usury
INTRODUCTION
When the poor are permanently poor, and the rich, permanently rich, that is oppression! All around the world today that economic oppression exists, and is constantly increasing, - the poor grow poorer and the rich, richer. Riba is the cause. A predatory global elite, centered in the West, but also present around the world, is constantly sucking the wealth of mankind and impoverishing the masses through riba. Their ultimate objective is to utterly enslave all of mankind in a new sophisticated slavery. Political, legislative, judicial and legal systems, the media etc., are all created by the oppressor, and all function to preserve the system of economic oppression. Allah, the Most High, has strictly prohibited riba. Yet the world today, including the Muslim world, is saturated with riba. This has confirmed the ominous prophecy of Prophet Muhammad (s) who prophesied, in a hadith received from Abu Hurairah (ra), the following:
"There will come a time", he said, "when you will not be able to find a single person in the world who will not be consuming riba. And if anyone claims that he is not consuming riba then surely the vapor of riba (In another text the dust of riba) will reach him". (Abu Daud, Mishkat)
What is riba? Why it was prohibited? What is the logic behind that? What types of interest has Islam prohibited? What should we do about this state of affairs?
Dealing with riba (usury or interest) has spread widely among many Muslims today; to the point that many Muslims do not see any problem with it, either because of lack of knowledge or absent-mindedness. Despite the fact that all Muslim scholars agree that dealing with riba (usury or interest) is a major sin because the prophet (S.A.W.) mentioned explicitly in a hadith reported by Imam Bukhari and Muslim, "Avoid the seven destructive sins", then he mentioned one of them as, "and dealing with riba (usury or interest)"
Muslims are very particular about Halal and Haram. The confusion, whether interest is same as usury (Riba) or not, needs a clarification for good. This is a historic fact that usury has been prohibited in all original texts of Torah, Bible and Qur'aan.
However, practically, Usury or interest is same as a guarantied return to the lender regardless the borrower makes a profit or not. The Islamic view is truly just and humanitarian. It requires a lender to participate in the profit as well as loss of the borrower if any. From Shariah point of view, interest is Riba and it is Haram.
Source: Iqtisad Al Islamy (http://islamic-world.net/economics/index.htm)
Saturday, April 4, 2009
Pengenalan Kepada Kewangan Islam
Secara amnya, sistem kewangan melibatkan pengurusan aktiviti-aktiviti seperti:
- Jual Beli
- Pinjaman
- Upah Mengupah
- Sewa Menyewa
- Gadai Menggadai
- Tidak mengamalkan riba.
- Adanya kontrak jual beli.
- Barangan jual beli adalah halal.
- Menjauhi perniagaan akad jual beli yang meragukan.
Allah S.W.T secara tegas dan jelas menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Surah al-Baqarah, ayat 275:
Maksudnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".
Pensyariatan sistem kewangan Islam mengandungi hikmah yang besar:
- Mengelak pihak tertentu mengaut keuntungan mudah daripada golongan yang dhaif.
- Mewujudkan kerjasama dan persaudaraan serta tolong menolong antara golongan kaya dengan golongan miskin.
- Mengelak dari mengambil harta tanpa ada gantian.
Kita tidak mahu umat Islam lebih memperhitungkan soal barangan berlabel halal tetapi tidak mengambil berat tentang kehalalan sumber ekonomi dan kewangan yang diperolehi.
Allah S.W.T.memberi peringatan di dalam surah al-Baqarah, ayat 278 dan 279:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang)itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melupakan(perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".
-faizamf-
Monday, January 12, 2009
Dilema Harta Pusaka
Oleh WAN RAHIMAH DRAMAN
ARKIB : 24/07/2007 (Berita Harian)
KEKELIRUAN dan kejahilan terhadap fungsi penama dalam kebanyakan urusan harta benda, terutama wang ringgit dan saham-saham yang tersimpan serta dilabur di mana-mana agensi kewangan mahupun syarikat perdagangan kini menimbulkan masalah serius di kalangan Muslim.
Akibatnya, banyak harta benda pemilik yang mati atau harta pusaka tidak sampai dan tidak dapat dituntut atau disalurkan kepada mereka yang berhak.
Sejumlah tidak kurang RM1.8 bilion wang kini terpendam di Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan tidak diselesaikan oleh para pewaris di negara ini.
Kesannya harta-harta berkenaan tidak berkembang dan tidak dapat dibangunkan untuk faedah serta manfaat ahli waris mahupun ummah dan negara.
Tidak kurang pula kes-kes harta pusaka dibolot dan dikuasai oleh penama yang dibuat oleh pemilik semasa hayat, termasuk mereka (penama) yang langsung tidak ada pertalian kekeluargaan dengannya.
Malah, harta pusaka yang ‘tergantung’ juga turut membimbangkan disebabkan sikap pemilik yang menyembunyikan maklumat harta benda semasa hayatnya daripada ahli waris. Sedangkan urusan menghebah dan mewasiatkan segala jenis harta benda dimiliki semasa hayat sangat dituntut oleh Islam.
Ini ditegaskan Allah s.w.t. dalam firman-Nya: Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf [iaitu secara adil dan baik. Wasiat itu tidak melebihi sepertiga dari seluruh harta orang yang akan meninggal itu. Ayat ini dinasakhkan dengan ayat mewaris], (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:180).
Malah hak-hak dan pembahagian pusaka melalui hukum faraid telah dijelaskan Allah s.w.t. melalui firman-Nya: Bagi orang laki-laki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan. (an-Nisa’: 7)
Sebab itu soal amanah, tanggungjawab, telus, ikhlas dan adil adalah perkara pokok yang tidak boleh dipisahkan dalam urusan mengendalikan harta pusaka yang melibatkan penama atau wasi mahupun wasiat.
Ini kerana, fungsi penama yang dikemukakan oleh si mati semasa hayatnya merupakan wasi atau pemegang amanah (wasiat) bagi memudahkan kerja-kerja mengurus serta mentadbirkan semua harta pusaka kepada yang berhak secara adil dan saksama, bukan sebagai pewaris mutlak.
Permasalahan ini diberi perhatian serius para peserta Konvensyen Pewarisan Harta Islam yang julung kali diadakan oleh Amanah Raya Berhad (ARB) baru-baru ini.
Konvensyen tiga hari itu dikendalikan oleh Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (Perwaris). Pada majlis tersebut turut dilancarkan Daftar Wasiat Malaysia.
Ia dihadiri oleh mufti-mufti, wakil-wakil Jabatan dan Majlis Agama Islam negeri-negeri, hakim dan peguam syarie, para pengendali dan pengamal amanah pewarisan dan harta pusaka, agensi kewangan dan takaful serta ahli akademki Islam di seluruh negara.
Lantaran itu Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengingatkan, hutang orang Islam yang telah mati tetap menjadi pusaka, sama ada hutang itu boleh didapatkan kembali atau tidak.
Malah beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah ARB berkata, dalam urusan harta pusaka dan pewarisan, tidak boleh tidak, orang Islam kena kembali kepada al-Quran dan hadis. “Orang Islam kena pelajari dan fahami ilmu faraid atau ilmu pembahagian harta pusaka kerana ia adalah cabang ilmu yang sangat penting dalam Islam,” katanya.
Tegas Harussani, ia bukan sahaja melibatkan urusan ahli waris yang masih hidup serta memanfaatkan harta tetapi soal kehidupan yang berkekalan si mati di akhirat nanti. Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Isu-isu Berbangkit dan Undang-undang Islam Yang Perlu Dipatuhi Di dalam Pengeluaran Sijil Faraid’ pada majlis tersebut.
Kebanyakan peserta konvensyen mahu agar sistem penamaan waris yang diamal dan diguna pakai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji atau badan-badan pengurusan saham amanah, insurans dan takaful untuk orang Islam dimansuhkan.
Sebaliknya, mereka mahu sistem dan hukum faraid diguna sepenuhnya bagi pengurusan kewangan orang Islam oleh semua agensi yang berkaitan.
Fakta:
* Jawatakuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (19 September 2000) memutuskan simpanan KWSP orang Islam yang mati adalah harta pusaka yang wajib diagihkan secara hukum Faraid.
* Penama untuk sesuatu urusan harta (kewangan) adalah pemegang amanah atau wasi terhadap harta benda si mati.
* Penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua ahli waris.
* Pembahagian faraid dalam harta pusaka akan mengurangkan jumlah.
* Wasiat adalah untuk bukan ahli waris sahaja dan jika waris, perlu mendapat persetujuan daripada ahli waris yang lain.
* Sebanyak 40 peratus pendeposit atau penyimpan Tabung Haji belum ada penama.
* Hanya 38 peratus atau 4.3 juta pencarum di KWSP yang telah membuat penama.
* Tiga cadangan pindaan ke atas Akta KWSP 1991 dan Peraturan-Peraturan & Kaedah-Kaedah KWSP 1991 yang diluluskan oleh Lembaga KWSP (24 Mac 2003) ditolak oleh Jabatan Peguan Negara;
i) Mansuhkan sistem penamaan bagi ahli beragama Islam. ii) Terima pakai sijil faraidh sebagai dokumen yang setaraf dengan surat kuasa mentadbir atau surat probet atau surat perintah pembahagian. iii) Ahli dibenar mewasiatkan tidak lebih 1/3 daripada jumlah simpanannya selaras dengan hukum syarak.
* Hanya Perbadanan Nasional Berhad (PNB) tidak mengguna sistem penama ke atas simpanan pencarum dan menguna pakai sijil faraid serta sijil Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah bagi urusan pusaka.
* Belum ada ijmak ulama atau fatwa secara rasmi untuk menentukan adakah manfaat takaful atau pampasan insurans termasuk harta pusaka dan harta yang diinsurankan boleh di faraidkan. Akta Takaful 1984 juga tidak menyebut perkara ini.
* Sebanyak RM1.8 bilion wang yang tidak dituntut dari Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut oleh ahli waris.
* Sebanyak RM70 juta harta yang tersimpan di KWSP, Tabung Haji, PNB dan koperasi-koperasi tidak diselesaikan oleh pewaris.
Secrets Of The Millionaire Mind
T. Harv Eker
Wealth Principles
1. Your income can grow only to the extent you do!
2. If you want to change the fruits, you will first have to change the roots. If
you want to change the visible, you must first change the invisible.
3. Money is a result, wealth is a result, health is a result, illness is a result, your
weight is a result. We live in a world of cause and effect.
4. Give me five minutes, and I can predict your financial future for the rest of
your life.
5. Thoughts lead to feelings. Feelings lead to actions. Actions lead to results.
6. When the subconscious mind must choose between rooted emotions and logic,
emotions will always almost win.
7. If your motivation for acquiring money or success comes from a non supportive
root such as fear, anger, or the need to “prove” yourself, your money will never
bring you happiness.
8. The only way to permanently change the temperature in the room to reset the
thermostat. In the same way, the only way to change your level of financial
success “permanently” is to reset your financial thermostat.
9. Consciousness is observing your thoughts and actions so that you can live from
true choice in the present moment rather than being run by programming from
the past.
10. You can choose to think in ways that will support you in your happiness and
success instead of ways that don't.
11. Money is extremely important in the areas in which it works, and extremely
unimportant in the areas in which it doesn't.
12. When you are complaining, you become a living, breathing “crap magnet”.
13. There is no such thing as a really rich victim!
14. If your goal is to be comfortable, chances are you'll never get rich. But if
your goal is to be rich, chances are you'll end up mighty comfortable.
15. The number one reason most people don't get what they want is that they don't
know what they want.
16. If you are are not fully, totally, and truly committed to creating wealth, chances
are you won't.
17. The Law of Income: You will be paid in direct proportion to the value you
deliver according to the marketplace.
18. “Bless that which you want” -- Huna philosophy.
19. Leaders earn a heck of a lot more money than followers.
20.The secret of success is not to try to avoid or get rid of or shrink from your
problems; the secret is to grow yourself so that you are bigger than any
problem.
21. If you have a big problem in your life, all that means is that you are being a
small person.
22.If you say you're worthy, you are. If you say you're not worthy, you're not.
Either way you will live into your story.
23.“If a hundred-foot oak tree had the mind of a human, it would only grow to be
ten feet tall!” -- T. Harv Eker
24.For every giver there must be a receiver, and for every receiver there must be
a giver.
25.Money will only make you more of what you already are.
26. How do you do anything is how do you everything.
27. There's nothing wrong with getting a steady paycheck, unless it interferes with
your ability to earn what you're worth. There's the rub. It usually does.
28.Never have a ceiling on your income.
29. Rich people believe “You can have your cake and eat it too.” Middle-class people
believe “Cake is too rich, so I'll only have a little piece.” Poor people don't
believe they deserve cake, so they order a doughnut, focus on the hole, and
wonder why they have”nothing”.
30. The true measure of wealth is net worth, not working income.
31. Where attention goes, energy flows and results show.
32.Until you show you can handle what you've got, you won't get any more!
33. The habit of managing your money is more important than the amount.
34. Either you control money, or it will control you.
35. Rich people see every dollar as a “seed” that can be planted to earn a hundred
more dollars, which can then be replanted to earn a thousand more dollars.
36. Action is the “bridge” between the inner world and the outer world.
37. A true warrior can “tame the cobra of fear”.
38. It is not necessary to try to get rid of fear in order to succeed.
39. If you are willing to do only what's easy, life will be hard. But if you are willing
to do what's hard, life will be easy.
40. The only time you are actually growing is when you are uncomfortable.
41. Training and managing your own mind is the most important skill you could ever
own, in terms of both happiness and success.
42.You can be right or you can be rich, but you can't be both.
43. “Every master was once a disaster.” -- T. Harv Eker
44. To get paid the best, you must be the best.
Wealth Files
1. Rich people believe “I create my life.” Poor people believe “Life happens to
me.”
2. Rich people play the money game to win. Poor people play the money game
to not lose.
3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.
4. Rich people think big. Poor people think small.
5. Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.
6. Rich people admire other rich and successful people. Poor people resent rich
and successful people.
7. Rich people associate with positive, successful people. Poor people associate
with negative and unsuccessful people.
8. Rich people are willing to promote themselves and their value. Poor people
think negatively about selling and promotion.
9. Rich people are bigger than their problems. Poor people are smaller than
their problems.
10. Rich people are excellent receivers. Poor people are poor receivers.
11. Rich people choose to get paid based on results. Poor people choose to get
paid based on time.
12.Rich people think “both”. Poor people think “either/or.”
13. Rich people focus on their net worth. Poor people focus on their working
income.
14. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money
well.
15. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard
for their money.
16. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them.
17. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.
Best use with the “Secrets of the Millionaire Mind” book by T. Harv Eker (http://www.millionairemindbook.com/). If you find this useful, consider sharing it with your friends.
Wednesday, June 11, 2008
Fuel Price Hike 40.6% - Should you work hard to save or work smart to earn more?
Well, the answer lies in yourself. I would rather work smarter to earn extra income, rather than work really really hard to save more money that I could never be able to save anymore. Whatever savings that I have now has already being optimized.
Answer these 2 simple questions.
1) Would you live frugally and sacrifice everything to save more? e.g. not going out for outings with family during weekends, eat less, cancel your Astro subscription etc.
or
2) Would you rather work smart, learn new things, meet new people & seeing new place, to earn that extra income? e.g. freelance photographer like weeding photographer, blogging, MLM (if you have the will), freelance writer, part-time Baristar etc etc (so many things you can do to earn that extra income).
Do share your comments and thoughts here......................