Saturday, April 4, 2009

Pengenalan Kepada Kewangan Islam



Secara amnya, sistem kewangan melibatkan pengurusan aktiviti-aktiviti seperti:

  1. Jual Beli
  2. Pinjaman
  3. Upah Mengupah
  4. Sewa Menyewa
  5. Gadai Menggadai
dan segala sistem Muamalah yg berlaku dlm kehidupan seharian. Prinsip asas sistem kewangan Islam adalah berdasarkan syariah. Ciri-ciri khasnya:

  1. Tidak mengamalkan riba.
  2. Adanya kontrak jual beli.
  3. Barangan jual beli adalah halal.
  4. Menjauhi perniagaan akad jual beli yang meragukan.

Allah S.W.T secara tegas dan jelas menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Surah al-Baqarah, ayat 275:

Maksudnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya".

Pensyariatan sistem kewangan Islam mengandungi hikmah yang besar:
  1. Mengelak pihak tertentu mengaut keuntungan mudah daripada golongan yang dhaif.
  2. Mewujudkan kerjasama dan persaudaraan serta tolong menolong antara golongan kaya dengan golongan miskin.
  3. Mengelak dari mengambil harta tanpa ada gantian.
Jesteru itu adalah penting untuk setiap umat Islam untuk memastikan bukan sahaja makanan yang dimakannya adalah Halal serta tidak mengandungi elemen-elemen haram yang ditegah oleh syarak dan menjejaskan keberkatan, tetapi juga amat perlu untuk umat Islam memastikan wang yang digunakan untuk membelinya bersumberkan perolehan yang Halal juga.

Kita tidak mahu umat Islam lebih memperhitungkan soal barangan berlabel halal tetapi tidak mengambil berat tentang kehalalan sumber ekonomi dan kewangan yang diperolehi.

Allah S.W.T.memberi peringatan di dalam surah al-Baqarah, ayat 278 dan 279:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang)itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melupakan(perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".


-faizamf-

Blog Archive